Friday 21 November 2014

20/11/2014 - Kita kembali lagi, ayuh berbicara semula bersama. Kita ni takda lah bagus mana agamanya. Tapi doa2kan lah kita ni sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat agama, bangsa dan negara. 19/11/2014 kita ada minta sesuatu daripada daripada Allah yang mana menjadi kan sesuatu yang kita sayang, sebagai pertukaran sebab nya hanya satu. Perasaan kecewa, putus asa dan sedih terhadap "mangsa" pertukaran dan tak kuat nak harungi tiap dugaan sendirian. Kita akui memang ada rasa cemburu, tapi cemburu tu bukan yang negatif, tapi lebih kepada cemburu tanda kita terlalu sayang dan takut kehilangan. Okaylah, cemburu itu memakan diri. Tapi saya nk jawapan macam mana nak hilangkan rasa cemburu yang memakan diri tu. Dah lah, ngantuk.. nanti lah sambung kalau saya ingat ye.. assalamualaikum.. selamat malam..

Monday 15 September 2014

9-11/09/2014

one for me, one for you. Two for me, one for me. hahahaha tanggal 9 ada dinner kat hotel ramada melaka. best. makanan sedap2. tgh makan, senyum sendiri teringat zaman kerja waitress hotel ngan fatin.. hahaha..guys, bukan i taknak share gambar, tapi i malas nak transfer2, nak tgk gambar grad, ada dalam instagram i. tgk lah.. itu pon tak banyak. my istag is "hudasyukriah". i rasa sayang sangat nak tinggal kan kuim. tp untuk i masuk kuim balik sambung degree, i tak rasa i patut.. hahaha.. u know guys, i balik hari jumaat taw. then pagi tu ustaz feveret i, ustaz fabli, dia mesej tanya i kat mana. katanya nak belanja i n geng makan kat MITC. N u know what guuys, its a first time ustaz nak belanja sttudent. selalunya dia bg duit je. hahaha. how proud i am. Alhamdulillah, berkat doa2 kesayangan dan berkat kesabaran, aku tamat juda diploma. ada plan nak sambung degree in law, tp mcm sukar nak menyelit. tp macam manapon, aku akan dapatkan jugak degree tu. walauapa cara sekalipon. mudah2an dipermudahkan segala2nya. amin. kata ustaz fabli, awak bukan tak pandai, pandai. awak jangan negatif. awal2 lagi dah kata tak boleh. awak boleh. kental, teguh dan yakin okay!.. awwww.. sayang ustaz! hahahhaha.. k lah, nanti lah sambung ye.. jap2.. during dinner, i tak jumpa langsung 1 of my bff, time nak balik, i saw her with other friend. i think she saw me too but she act like we dont even know each other. so, last night which is 16/9 at 2 am, i ask her. then she said, "yang special itu tak perlu ditunjuk, sbb takut org ambil" with that sentences is enough to make me happy cuz im her best friend than others. MAYBE. hahahaha. i seriously admire her personality. walaupun kaya, bijak, cantik, tapi tak pernah bangga diri. tetap diam walaupun apa yg dilakukan terhadapnya, adalah perkara yg dia tak suka. hahahahaha. okay bubbye

Monday 21 July 2014

14 julai 2014

assalamualaikum semua,, sedar tak sedar, aku dah pon bertukar tempat kerja. Walaubagaimanapun, masih lagi dalam bidang aku, iaitu undang2. hahaha. Sekarang aku bekerja di firma guaman di usj 3. Best lah jugak, cuma biasalah, tempat cina. solat kena pandai2 bawa diri. Aku harap, aku dapat belajar betul2 masa kerja kat sini. Aku harap mereka semua dapat terima aku sebagai office mate mereka. Baru start kerja hari isnin, aku sudah diajak join dinner hari jumaat tu. n aku dapat lucky draw food steamer. alhamdulillah rezeki aku. ni jap nak cakap aku dapat tahu mh17 ni, aku terkejut bila dapat tahu, yang mangsa satu keluarga meninggal dalam nahas tu adalah sepupu kepada pensyarah kesayangan aku, puan kartikA. Aku rasa down, nak tercabut jantung bila dapat tahu itu keluarga pensyarah aku. aku yang takde kaitan pon boleh rasa macamtu, apatah lagi puan kartika dan keluarga dia. simpati sangat2. tapi be strong puan. Ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. we love u puan.

Thursday 22 May 2014

MAY 23

Harini macam bosan sebab kerja tak banyak. Well, my lawyer tak masuk, jadi aku pon xde la banyak kerja nya. Then suddenly i dapat call daripada big boss which is En Shuhaimi. Dia minta aku transfer kerja ke Peneng untuk tempoh sebulan percubaan. Katanya tempat tinggal semua dia sediakan. Cuma transport xdak lah. Lepastu, katanya lagi, dia ingat nak belikan insurans untuk aku. Itu je lah katanya. Haih kalau lah dia sudi nak jodohkan aku dengan anak dia tu. Alangkah seronoknya lahaii. Pergh aku ni dah start nak perasan. Never lah Huda. it will not happen weyh. Stop dreaming. Peneng tu Centre Firma Suhaimi, Yahya & Co. En Suhaimi ni nampak macam baik, tapi boleh ke aku bekerja dengan orang-orang peneng kat sana? mampu ke aku tahan telinga? Betul ke kata2 kakak2 kat sini pasal environment kat sana? Mampu ke aku bertahan walaupun untuk tempoh hanya sebulan? Haa macam mana?

Wednesday 21 May 2014

12 Mei 2014

Dua minggu selepas habis diploma, sementara menunggu keputusan semester enam dan sementara menunggu "graduation day". Excited nak dapat segulung diploma dalam genggaman. Apalah rasanya ye? Dua minggu duduk sahaja dirumah, tolong umi jaga dan kemas rumah, siapkan makanan atok dan pakcu. Kehidupan berjalan sangat indah. Tiap minggu duit masuk je walaupun tak kerja. Namun bila masuk sahaja minggu kedua, aku jadi bosan dirumah. Tak tahu nak buat apa. Semua kenangan hitam aku teringat satu persatu, yang mana secara tak langsung ianya memburukkan kesihatan aku, menyakiti hati aku sendiri. Jadi aku mulakan langkah mencari pekerjaan sementara. Aku apply melalui surat khabar, aku apply di Jobstreet dan macam-macam lagi. Bertindak seperti orang yang dah beso. Wah baru aku perasan, aku mmg dah besar, dah dewasa, dah tak patut dok terkangkang tunggu duit masuk daripada parents. Tiba2, aku dapat satu panggilan fon "Hello. saya Suhaimi, awak ada apply utk kerja di firma wangsa maju ye?" "saya. ada. knp?" "boleh datang interview pukul 4 petang ni? awak nak sambung belajar atau nak terus kerja?" "tak sure lah. macamm nk buat PJJ je" "ouh ye ke? boleh dtg interview tak?" "okay. ni firma apa nama ye" "suhaimi , yahya &co" "okay jam 4 saya sampai. terima kasih". Tamat perbualan aku dengan en suhaimi which is owner of fIRma guaman di wangsa maju. Aku datang interview dengan abah petang tu juga. Aku terus dapat kerja. Aku di interview oleh Boss Besar. Menurut kakak disini, jarang dapat camtu. Aku kini bekerja di Firma Suhaimi, Yahya & Co. Seronok, jauh tu mmg la jauh. Tapi saya oaky je kot. Kita tengok sebulan dua ni, kalau terasa amat jauh, dan budget lari habis, saya minta maaf, tarik diri. Tapi yang saya kesal kan, kat sini, ada sorang kakak ni, dia tak berapa suka saya agaknya. Dia campak dokumen yang saya buat seolah2 saya ni binatang yg paling hina, yang takde persaan. Akak oi, saya baru lagi kat sini, lagipun saya buat documen ikut arahan en shauki iaitu anak boss dan peguam. Awak siapa? Sy disini bekerja dan menimba pengalaman, tapi saya benci apabila diperlakukan begitu. Tapi alhamdulillah, saya berjaya kawal emosi saya. Kalau tak, mau saya kurang ajar waktu tu. Saya selalu minta pada Allah, saya nak pergi tempat yang teramat jauh, yang takde sapa pon yang kenal saya. Haa amik kau, Allah bagi tempat jauh, yang xde sapa kenal kau. Duduk lah kat Wangsa Maju tu huda oii. hahahaha. Tarikh yang aku dilayan buruk tu adalah 21st May 2014 Jam 2.45 pm. Saya takkan lupa, sebab seumur hidup saya, itu pertama kali satu penghinaan bagi saya. Saya janji suatu hari nanti saya akan jadi lebih maju dan hebat dari kakak tu. Apa yang saya harap sekarang, saya taknak simpan dendam pada dia. K lah. nak masuk kerja balik ni. hehehe. Babai guys. Muah! *wink. wink*

Friday 3 January 2014

miss our friendship

I do miss her. i do miss our friendship. gurauan, gelak tawa. but she's change. mungkin tak tahan dengan sikap aku? negatif? kini aku kembali diuji dengan ujian yang sama sewaktu 5 tahun yang lalu. aku di uji lagi dalam persahabatan. sahabat yang amat aku sayang, amat aku kagumi, berubah seolah-olah aku tidak pernah mengenalinya. aku kini lemah tanpa sahabat yang dulu selalu bersama walau jauh fizikal jasad nya. dahulunya berkongsi cerita, selalu membantu dan memberi banyak nasihat dan kata-kata semangat. kini aku merindui sebuah persahabatan yang penuh kebahagiaan dan keceriaan itu. kata orang, adat lah selisih faham dalam persahabatan, nanti baik jugak. masalahnya, kalau baik, dapat ke aku dan dia kembali bergurau senda seperti dulu?dapat ke aku dan dia berkongsi cerita? dapat ke aku dan dia akrab seperti dulu. aku lemah. ak mohon dipinjam kan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk aku harungi ujian Mu ini ya Rabbi. apa yang aku takuti dalam persahabatan itu kini sedang berlaku. aku kini hanya mampu berdoa agar kami kekal bersama sebagai sahabat dunia dan akhirat. sahabat seperti adik beradik. sahabat yang bukan hanya gembira sahaja. aku sayang ayien. dia sahabat yang sangat2 baik. kata umi, ayien dia sanggup amik risiko untuk biar kau marah dia asalkan dia buat satu kebaikan. rabbi, tabahkan hati aku. rabbi, sayangi aku. rabbi, pelihara dan pimpinlah aku. rabbi, pandang lah aku. rabbi, kasihanilah aku. astaghfirullahalazim.

sayang berpada-pada. buat baik, agak-agak lah der.

huaaaaaaa..nak nangis....nak nangis jugakkkkk.. dulu, bangga. sayang sangat. bahagia. kawan baik sampai mati sangkanya. alih2, takde angin takde ribut, terasa mulai renggang. samada ujian atau penghabisan, wallahualam. yang benarnya, sayang sangat dengan sahabat tu. dia pernah ada masa susah, senang, belajar sama, enjoy sama, kerja sememntara pon sama, semua sama. kira dah bahagia lah dikurniakan sahabat macamtu. tp Allah sentiasa uji aku dalam persahabatan. sejak azali lagi. kadang marah, tapi dosa persoalkan takdir Allah. astaghfirullahalazim. ntah lah ek. korang pernah ada kawan yang korang dah anggap macam keluarga? then tiba2 renggang tanpa sebab yang jelas? rasa down sangat kan?lagi2 ujian ni datang masa semester akhir diploma. i just dont know how should i face all this things. i dont know her anymore but i miss her. i miss oour conversation. our friendship like before. i do miss all that. i've told her already, and now i just pray whats the best for me. for us. for our friendship. i know Allah wont take anything without replace it with something much better. but i do miss our old conversation. gurauan. and what so ever. thats it lah for this time. nak sambung nangis. terapi jiwa. bila berduka, bersedih, nangis lah. kerana ianya ubat segala-galanya. tak percaya? cuba tanya kat Allah. haaaaa...