Saturday 24 April 2021

AKHIRNYA BERTEMU JODOH

Assalamualaikum..

JANGAN PUTUS BERDOA WALAU SAKIT MATI UJIAN MENDATANG.. JANGAN PUTUS BERDOA WALAU KURANG YAKIN DENGAN PERMINTAAN, SEBAB KEMAMPUAN ALLAH DILUAR PENGETAHUAN KITA..

Banyak perkara yang terjadi pada aku dan keluargaku pada tahun 2018 dan 2019. Ada  pelangi dan ada juga hujan.. Semuanya berlaku atas kehendakNYA.. Aku terima dengan hati yang terbuka tanpa banyak bicara aku melutut meminta2 Jalan dan Cahaya untuk aku terus mara kehadapan bersama keluarga..

Pada awal bulan 9 2018 adik aku, Ammar kemalangan agak serious dan berada di ICU kerana koma hampir satu (1) minggu.. Masa malam kejadian tu, adik aku dipindah2kan dari Shah Alam ke Sg Buloh untuk dibedah (sedangkan pihak hospital maklumkan pada kami untuk dirujuk pakar memandangkan pakar hanya berada di Sg Buloh. Namun bila sampai disana, doktor meminta kami menurunkan tandatangan untuk bersetuju adik aku di bedah kepalanya. Hanya satu yang aku tanya pada doktor iaitu "KESAN SEKIRANYA PEMBEDAHAN INI DIBUAT DAN SEKIRANYA TIDAK DIBUAT".. Doktor pakar telah menjelaskan kepada pihak kami sejelas-jelasnya dan sekali lagi keluarga aku dengan kebijaksanaan yang dipinjamkan oleh Allah, memutuskan untuk adik aku tidak dibedah. Kemudian doktor kata kalau xbedah kena hantar semula di shah alam dan kalau dah bedah pun kena hantar di shah alam. Bayangkan perasaan kami ketika itu melihat adik aku dibawa kesana kemari dalam keadaan yg berlumuran darah. Allah sahaja kami serahkan segalanya. Kemudian kami pulang ke Shah Alam dan Alhamdulillah adik separuh sedar.dan ketika itu aku bekerja di sebuah syarikat DIGI kerana tidak dapat tempat di pejabat peguam untuk aku jalani latihan dalam kamar untuk mendapatkan lesen guaman. Disebabkan aku anak kedua dan kakak aku ketika itu telah menetap di Kedah, maka hanya aku sahaja yang diharapkan keluarga untuk menjaga keluarga aku terutama memastikan kesihatan ibu bapa ku dalam keadaan baik, jadi aku memohon cuti panjang kepada pihak DIGI. Malangnya aku diminta untuk meletakkan jawatan sebelum diberhentikan. Maklumlah, management DIGI dengan aku bukan di golongan yang sama warna kulit. Jadi aku lebih mengutamakan keluarga aku maka tanpa berfikir panjang aku menghantar surat notis berhenti kerja 24 jam untuk aku terus fokus pada keluarga aku. Lama juga aku tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan. Hari demi hari berlalu, adik aku pun Alhamdulillah sudah separuh sedar dan doktor meminta kami membawa pulang adik. Atas kebiijaksanaan dan kemampuan yang diberikan Allah kepada ibubapa ku, maka adik aku dihantar menjalani terapi swasta untuk kesembuhan segera yang kekal dan berpanjangan. Masa tu Allah je tahu perasaan aku melihat ibubapa ku mengeluarkan duit simpanannya beribu2 untuk memastikan anak mereka sembuh dan sihat wal afiat. Dan aku mula berfikir, bagaimana lah dengan keluarga yang tiada kewangan yang cukup untuk menanggung sekiranya berada dalam situasi kami ketika itu.

Dengan tekanan demi tekanan yang aku hadapi tiba2 ketika aku lalui "me time", satu aplikasi ini appear dalam Instagram aku iaitu "OMI"

HAHAHAHA maka disitu lah mula detik pengenalan aku dengan seorang jejaka kacak lagi hebat di mata ku kini iaitu kini telah menjadi suami aku yang sah. Alhamdulillah. Perkenalan yang bermula dengan aplikasi OMI itu akhirnya membawa kami ke perkahwinan yang sah Alhamdulillah. Kami mula bertukar nombor apabila jejaka tu mesej yang menyebut nama aku dan sekolah rendah aku. Sedangkan di dalam aplikasi tersebut tidak langsung aku nyatakan nama sebenarku dan apatah lagi latar belakangku. Namun yang aku hairan nya sehingga hari ini aku tidak langsung menginati memori zaman persekolahan aku dan suami aku TAPI semua rakan-rakan sekolah suamiku adalah rakan-rakan aku juga. itu yang aku hairan dan sehingga hari ini masih cuba mengingati sekurang-kurangkan 1 kenangan lah aku dengan suami aku zaman sekolah rendah tu tapi masih tidak dapat jawapan dari memori kepala otak aku ni. hahaha. 

Sebenarnya, sebelum aku jumpa suami aku dalam aplikasi OMI ni lah kan, aku ada buat solat mohon jodoh dari Allah sebab masa tu mmg aku rasa aku nak nikah dah. aku xnak main2 cintan cintun dah. aku penat dah menanti yang tak pasti. jadi satu malam tu aku buat 3 hari berturut2 solat istikharah minta petunjuk, lalu Allah memberikan hint pada aku "SEKOLAH SUNWAY" . hahahahaha. jadi aku pun mula operasi mencari semula semua ex ex couple aku masa zaman cinta momyet dulu kala. hahaha. so dr solat tersebut, ada hint dr Allah iaitu sekolah sunway, aku tergerak pula main OMI then jumpa pula dengan suami aku tersebut. Alhamdulilllah syukur.

Alhamdulillah wa syukurillah. Harini kami di anugerahkan seorang anak lelaki yang sihat telah dilahirkan pada 6 ogos 2020 pada jam 9.15 malam.. terima kasih Allah atas kurniaan Mu buat diriku yang pendosa ini ya Rabb.. Semoga yang ditakdirkan buat aku dan seluruh keluarga ku adalah yang baik-baik sahaja. Amin. dah lah , penat type.. mata masuk bawang pula ni.. bye.. salam ramadahan 2021