Saturday 11 September 2021

TERIMA KASIH ALLAH

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Hari semakin hari, hati semakin gundah gulana.. sana tidak, sini pun tidak.. hanya memikirkan nasib anak teruna yang seorang itu.. semoga selalu dalam rahmat, lindungan, kasih sayang dan keberkatan Allah SWT.. Anak, mungkin bonda tidak dapat sentiasa menemani kehidupanmu di dunia, tapi belajarlah sehingga Al-Quran menjadi penyuluh dan petunjuk dalam setiap tindakan.. Mungkin bonda tidak mampu mendidikmu sehingga akhir hayatmu , namun yakin lah wahai anak, bahawa JANJI Allah itu benar, syurga neraka itu benar dan Al-Quran itu benar.. dalam al-quran itu anak, ada bahasa2 dan maklumat2 Allah secara langsung dan kiasan, belajar lah agak kamu dapat memahami maksud kiasan Allah itu.. semoga anak bonda selalu Allah sayang, lindung dan jaga.. Ampun kan bonda andai bonda gagal mendidik kamu, amanah terindah Allah kepada bonda.. ingatlah bahawa baba dan bonda tidak pernah sekali berhenti menyayangi kamu.. semoga Allah selalu dalam hati, jiwa, minda dan kehidupan kamu akhirat dan di dunia..