Thursday 31 May 2012

2012 jun

tahun ni birthday aku 26 tdo kat port dickson ngan family blah umi..27 ptg g negeri sembilan sambut ngan family blah abah pulak..sambutan sgt2 traditional..haha..enjoy gak la..pastu 28 tu g anta wani masuk Matrikulasi..wani amik medik kat sana..keputusan kene 4 flat utk medik kat matrikulasi..cuma ada 2 semester je..30 mei aku ada ajak zam teman aku g makan sate..ntah kenapa tetibe aku rasa cam mengidam sgt nak makan sae..aku xtu nak makan kat mana..zam je yg tawu..cz masa aku keje part time kat 7-11 dulu, zam datang anta sate kat aku..sweet sangat..tapi malam tu zam xdapat teman aku cuz dia keje, aku diam jela..merajuk kononnya,.haha..tetibe malam tu lepas g keramat, terus abah n umi bawa g makan sate kat r&r dengkil..haha..mmg agak terkejut sikit la..tp happy..sebenarnya aku hairan ngan sikap zam n izzat..muka mereka lebih kurang sama, sama putih, sama sepet, hidung sama mancung..sikap pon lbh kurang sama, tapi izzat lain sikit..asyik nak bekepit jek..kalau boleh xnak balik umah nak tido umah aku..izzat dia xtakut pada parent aku macam zam..zam takut gile ngan parents aku..haha.. antara banyak lelaki yang pnh "RAPAT" dengan aku, aku paling sayang kan izzat kemudian zam..cuz izzat sorg yang sangat baik, menghormati family aku, dia ada semua ciri2 lelaki idaman aku..aku suka cara dia bercakap dgn aku..aku xsuka lelaki yg cakap TERLALU LEMBUT dgn pasangan dia..aku rasa geli do,,tp izzat x..hihi..k la..malas nak tulis sebenarnya..nanti je la sambung...bye

Monday 14 May 2012

bole bha kalo ko..

Inilah Jalan CINTA Sebenar ! Awak: Maaf tumpang tanya.. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS YOU dekat mana ya? Saya: Awak jalan terus ikut jalan ILAHI. Awak akan nampak simpang 3 masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar persiapkan diri. Haaaaaa, tu tandanya awak berada di jalan yang betul, insyaAllah. Semoga selamat sampai.. ♥ Cinta Yang Ikhlas…. Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta. Di sini ada sebuah kisah cinta untuk anda… cinta yang ikhlas… sangat ikhlas…. Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu. Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut. Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya. Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.” Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah. Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah, seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi. Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya. Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata: “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.” Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata: “Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.” Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Untuk Hawa.. Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga. Untuk Adam.. Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam. Bisik hatiku: "Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku." "Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik." Ya Allah... Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah... Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah... Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah... Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah... GIRL : Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan? BOY : Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar). GIRL : Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya? BOY : Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak. GIRL : Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang? BOY : Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa. GIRL : Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2? BOY : Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram, kecuali isteri2nya sahaja. GIRL : Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk? BOY : Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka..