Wednesday, 21 May 2014

12 Mei 2014

Dua minggu selepas habis diploma, sementara menunggu keputusan semester enam dan sementara menunggu "graduation day". Excited nak dapat segulung diploma dalam genggaman. Apalah rasanya ye? Dua minggu duduk sahaja dirumah, tolong umi jaga dan kemas rumah, siapkan makanan atok dan pakcu. Kehidupan berjalan sangat indah. Tiap minggu duit masuk je walaupun tak kerja. Namun bila masuk sahaja minggu kedua, aku jadi bosan dirumah. Tak tahu nak buat apa. Semua kenangan hitam aku teringat satu persatu, yang mana secara tak langsung ianya memburukkan kesihatan aku, menyakiti hati aku sendiri. Jadi aku mulakan langkah mencari pekerjaan sementara. Aku apply melalui surat khabar, aku apply di Jobstreet dan macam-macam lagi. Bertindak seperti orang yang dah beso. Wah baru aku perasan, aku mmg dah besar, dah dewasa, dah tak patut dok terkangkang tunggu duit masuk daripada parents. Tiba2, aku dapat satu panggilan fon "Hello. saya Suhaimi, awak ada apply utk kerja di firma wangsa maju ye?" "saya. ada. knp?" "boleh datang interview pukul 4 petang ni? awak nak sambung belajar atau nak terus kerja?" "tak sure lah. macamm nk buat PJJ je" "ouh ye ke? boleh dtg interview tak?" "okay. ni firma apa nama ye" "suhaimi , yahya &co" "okay jam 4 saya sampai. terima kasih". Tamat perbualan aku dengan en suhaimi which is owner of fIRma guaman di wangsa maju. Aku datang interview dengan abah petang tu juga. Aku terus dapat kerja. Aku di interview oleh Boss Besar. Menurut kakak disini, jarang dapat camtu. Aku kini bekerja di Firma Suhaimi, Yahya & Co. Seronok, jauh tu mmg la jauh. Tapi saya oaky je kot. Kita tengok sebulan dua ni, kalau terasa amat jauh, dan budget lari habis, saya minta maaf, tarik diri. Tapi yang saya kesal kan, kat sini, ada sorang kakak ni, dia tak berapa suka saya agaknya. Dia campak dokumen yang saya buat seolah2 saya ni binatang yg paling hina, yang takde persaan. Akak oi, saya baru lagi kat sini, lagipun saya buat documen ikut arahan en shauki iaitu anak boss dan peguam. Awak siapa? Sy disini bekerja dan menimba pengalaman, tapi saya benci apabila diperlakukan begitu. Tapi alhamdulillah, saya berjaya kawal emosi saya. Kalau tak, mau saya kurang ajar waktu tu. Saya selalu minta pada Allah, saya nak pergi tempat yang teramat jauh, yang takde sapa pon yang kenal saya. Haa amik kau, Allah bagi tempat jauh, yang xde sapa kenal kau. Duduk lah kat Wangsa Maju tu huda oii. hahahaha. Tarikh yang aku dilayan buruk tu adalah 21st May 2014 Jam 2.45 pm. Saya takkan lupa, sebab seumur hidup saya, itu pertama kali satu penghinaan bagi saya. Saya janji suatu hari nanti saya akan jadi lebih maju dan hebat dari kakak tu. Apa yang saya harap sekarang, saya taknak simpan dendam pada dia. K lah. nak masuk kerja balik ni. hehehe. Babai guys. Muah! *wink. wink*

No comments:

Post a Comment