Friday 3 January 2014

miss our friendship

I do miss her. i do miss our friendship. gurauan, gelak tawa. but she's change. mungkin tak tahan dengan sikap aku? negatif? kini aku kembali diuji dengan ujian yang sama sewaktu 5 tahun yang lalu. aku di uji lagi dalam persahabatan. sahabat yang amat aku sayang, amat aku kagumi, berubah seolah-olah aku tidak pernah mengenalinya. aku kini lemah tanpa sahabat yang dulu selalu bersama walau jauh fizikal jasad nya. dahulunya berkongsi cerita, selalu membantu dan memberi banyak nasihat dan kata-kata semangat. kini aku merindui sebuah persahabatan yang penuh kebahagiaan dan keceriaan itu. kata orang, adat lah selisih faham dalam persahabatan, nanti baik jugak. masalahnya, kalau baik, dapat ke aku dan dia kembali bergurau senda seperti dulu?dapat ke aku dan dia berkongsi cerita? dapat ke aku dan dia akrab seperti dulu. aku lemah. ak mohon dipinjam kan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk aku harungi ujian Mu ini ya Rabbi. apa yang aku takuti dalam persahabatan itu kini sedang berlaku. aku kini hanya mampu berdoa agar kami kekal bersama sebagai sahabat dunia dan akhirat. sahabat seperti adik beradik. sahabat yang bukan hanya gembira sahaja. aku sayang ayien. dia sahabat yang sangat2 baik. kata umi, ayien dia sanggup amik risiko untuk biar kau marah dia asalkan dia buat satu kebaikan. rabbi, tabahkan hati aku. rabbi, sayangi aku. rabbi, pelihara dan pimpinlah aku. rabbi, pandang lah aku. rabbi, kasihanilah aku. astaghfirullahalazim.

No comments:

Post a Comment