Wednesday, 15 February 2017

penghinaan yang mematikan segala rasa

16/2/2017 - Lingkungan jam 12am penghinaan itu dilemparkan lagi dan lagi. "Kau gemuk. Kau tak lawa. Lelaki2 yang suka pada kau tu semuanya muka2 rempit. Kau tunggang agama". Wallahi segala kata2 yang dilemparkan ini membuatkan aku terpukul. Pukulan seolah2 libasan daripada tali yang digunakan untuk ikat lembu korban. Bertahun2 berjauhan dan kini kembali dengan penghinaan. Apa maksud semua ni. Aku pernah terbaca satu artikel bahawa kata2 tajam yang dilemparkan mampu menghilangkan rasa sayang yang ada. Mungkinkah artikel itu bermaksud "lemparan kata2 penghinaan yang dilemparkan daripada orang yg kita sayang mampu mengubah rasa daripada sayang kepada benci kerana kecewa yang teramat dalam". Benarlah takdir itu rahsia Allah. Takdir yang perit itu ujian. Yang penting adalah diakhir hidup kita, Samada akhir hidup kita itu yang dilafazkan nama orang kita sayang ataupun perkataan "Lailahaillallah Muhammadarrasulullah".

Kekecewaan yang aku dapat dapat soal hati tidak pernah berhenti. Semua ni bermula dengan cinta seorang lelaki tahfiz yang aku tolak. Nama dia Izzat. Mungkin ada kisah dia yang pernah aku ceritakan dalam blog2 yang lalu, Ada peristiwa yang berlaku yang menjadikan aku dan izzat mangsa. lalu kami lost contact sehingga tahun 2014 izzat mula membuka hatinya untuk "adik angkatnya" nama syuhada. Sejak tahun itu, mereka declare bersama. dan sejak itu jugak ujian pada aku berkaitan hati dan perasaan bermula. tanpa henti. Sehingga aku mula berfikir, perlu kah aku memohon ampun dan  maaf pada izzat dan ibunya atas segala yang telah terjadi bagi aku melepaskan diri aku daripada hukum karma dunia ini.

Lillahi Taala aku benar2 penat dengan semua ni dan terlalu letih dengan penghinaan yang dilemparkan oleh seorang hamba Allah ni. Aku benar2 kecewa dan sakit serta perit hati untuk menelan semua rasa ini.

Buat izzat, huda mohon ampun dan maaf atas segala yang telah terjadi antara kita. Huda benar2 mengharapkan tiada luka dihati izzat dan keluarga terutama ibumu agar huda terlepas daripada hukum karma dunia. Huda merayu keampunan izzat sekeluarga untuk huda tidak lagi diuji berkaitan urusan hati dan perasaan. Kasihani lah huda. Huda benar2 penat dan tak mampu  lagi menelan segala rasa ini. Wallahi huda redha dengan perpisahan antara kita dan huda seikhlasnya mendoakan kebahagiaan izzat dengan sesiapa sahaja yang menjadi pilihan hati izzat. Tolong ampunkan segala yang telah terjadi.

Buat yang selalu melemparkan penghinaan dan cacian buat diri huda, jujur nya huda ucapkan terima kasih kerana kata2 kesat tu membuka mata huda dan memjadikan huda kuat hadapi kelukaan hati. Penghinaan yg dilemparkan itu membuatkan huda tekad untuk kurus tapi kata2 itu tak mampu untuk huda lupakan. Apabila huda dah start menulis diblog, itu benar2 menunjukkan betapa sedih perit dan kecewanya huda dengan segala penghinaan yang dilemparkan. Huda benar2 rindukan ketenangan hidup huda seperti mana kita berjauhan dulu. Sejujurnya benar rasa sayang yang ada ini cuma rasa ini hari demi hari, makin pudar dek kerani penghinaan yang dilemparkan tanpa henti. Huda cuma manusia biasa yang takkan pernah terlepas daripada membuat dosa. Huda tak pernah berhenti mohon pada Allah supaya jauh dari seksa neraka. Sebagai manusia, walau besar mana pun dosa yang dilakukan, jangan pernah berhenti berdoa dan mohon ampun walau sekalipun.

Okay lah. Huda dah penat menaip sambil menangis macam orang mati laki dek kerana penghinaan yang dilemparkan tadi.

No comments:

Post a Comment