Saturday 20 August 2016

Its back

Setelah sekian lama, ia kembali. Menguji segala isi dalam hati. Sehingga teruji segala yang pernah dikaji. Awalnya banyak terjadi, fizikal dan misteri menyerang diri. Entah atas dasar apa ia nya terjadi.

Alah, itu saja puitis..

Ni nak habaq, lama x update blog. Semoga yang membaca mendapat Rahmat dan Kasih Sayang dari Nya dan mendoakan Kesihatan serta Kebaikan kita semua di Dunia dan Akhirat.

Kerana takut kan keputusan rendah untuk smester 2 sebab banyak kali skip kelas gara2 join fan club apa ntah. So, hati membuat keputusan drastik yang tak mampu ditarik kembali. Hati telah berjanji pada Ya Rabbi, bahawa sekiranya lulus subject tersebut, saya akan tarik diri daripada join fan club itu yang mana melibatkan kelas dan pelajaran sahaja. Tapi apa yang terjadi, sebaliknya. Perselisihan faham antara saya dan sorang kakak itu,  menjarak kan lagi ke akraban kami. Kadang2 memang ada tergerak hati untuk hubungi semula kakak tu, tapi keserikan atau mungkin lebih kepada ketakutan yang membuatkan saya sendiri takut untuk kembali akrab. Jadi dari sini, saya mendoakan kesejahteraan kakak tersebut dan mendoakan kesihatan yang baik buat kakak tersebut. Seandainya kakak itu membaca entry blog ini, sampaikan salam kepada ahli keluarga yang lain terutama pada mak dan ayah. Semoga kalian diberkati dan dirahmati serta selalu dilindungi Allah. Sebagai manusia biasa, apa yang pernah muncul dalam hidup itu adalah suatu perkara yang lama2 ia akan menjadi kenangan cuma yang membezakan adalah kenangan tersebut indah atau sebaliknya. Kenangan yang sudah terukir di dalam jalan cerita seorang manusia itu, mana mungkin untuk di hapuskan ukiran tersebut. Cuma ianya akan ditinggalkan dibawah cerita-cerita yang baru yang bakal muncul dalam hidup yang baru.

Bismillahirrahmanirrahim...
Mengeluh panjang mengenang segala yang ditakdirkan buat diri saya.. Apa pun di harapkan diakhir kehidupan saya, Allah jadikan kebaikan dan ganjaran syurga buat diri saya.. Semoga segala amalan saya yang baik diambil kira dan cukup untuk menampung saya diakhirat kelak.. 13 Ogos 2016 saya ibarat lumpuh dan tak mampu untuk bergerak seolah2 terkena slip disc dan yang menyedihkan, ketika itu hanya saya seorang dirumah. Saya terus hubungi umi untuk maklumkan dan sehingga umi membuat keputusan untuk minta bantuan rakan saya utk membantu saya dirumah.. Hampir seminggu lebih saya skip kelas dan tak mampu drive dan membuatkan saya rimas kerana tak boleh keluar rumah dalam keadaan itu. Alhamdulillah perlahan-lahan Allah pinjamkan kembali nikmat sihat pada saya walaupun saya tidak mampu untuk menjadi aktif seperti dahulu.. Apa pun, dalam hidup ini, saya mengharapkan agar Allah merahmati dan meredhai segala usaha saya dan semoga Allah menjadikan saya disayangi semua serta menyayangi semua. Semoga diakhir hidup saya, dikurniakan barakah dan syurga.

Penat lah nak menaip walaupun dalam fikiran ini banyak yang ingin diceritakan. Nanilah panjang umur, sihat diri dan rohani, saya kembali bercerita lagi ye.

Assalamualaikum  semua.. semoga hidup kalian gembira bersama yang disayangi dan dicintai.

Soalan saya,
Apa itu cinta dan apa itu sayang ?
Apa beza mencintai seseorang dan menyayangi seseorang ?
Kenapa dalam mencintai akan wujud juga menyayangi tetapi menyayangi tidak bererti mencintai ?

No comments:

Post a Comment